Khasiat Ikan Haruan
Tidak
kira digoreng, dibakar atau dibuat sup, ikan haruan sememangnya telah
lama menjadi lauk hidangan rakyat Malaysia selain menjadi penawar untuk
menyembuhkan luka terutama kepada mereka yang baru menjalani pembedahan
dan bersalin.
Image:pemancingtegarborneo.blogspot.com |
Profesor
Abdul Manan Mat Jais, dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata "Ikan berkenaan adalah dalam
kategori "Order of Channiformes," "Family Channidae" dan "Genus Channa"
dan yang saya sedang kaji ialah Channa Striatus."
Beliau
berkata terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis
terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia.
Toman, bujuk dan haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
Prof
Abdul Manan berkata keunikan haruan dewasa ialah ia menunjukkan
perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup
kukuh.
Ikan haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.
Bagaimanapun,
kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan
pertanian, sawah dan muara sungai. Terdapat laporan menyebut pemancing
pernah menangkap haruan bersaiz besar tetapi kebiasaannya berat ikan itu
hanyalah sekitar satu kilogram.
PENYELIDIKAN DAN ANALISIS
Prof
Abdul Manan berkata beliau memulakan penyelidikan ke atas ikan haruan
pada 1985 dan ketika itu beliau terkejut apabila mendapat tahu ikan itu
tidak dimasukkan dalam senarai ikan utama Jabatan Perikanan.
"Apa
yang saya dapati daripada penyelidikan itu ialah ikan haruan merupakan
satu sumber protein yang baik, kira-kira 60-70 peratus. Ia mengandungi
lemak yang rendah, hanya kira-kira 20 peratus daripada beratnya
berbanding dengan ikan air tawar lain serta daging, kambing, ayam dan
makanan laut," katanya.
Haruan
mengandungi sejumlah besar Vitamin A. Manakala kehadiran logam berat
seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, mangan, nikel, plumbum dan
zink adalah lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk
badan manusia.
Prof
Abdul Manan berkata kandungan asid arakidonik yang tinggi, yang
dianggap luar biasa, dan dengan ketiadaan eikosapentaenoikasi d dalam
haruan adalah satu hasil penemuan yang amat menarik.
"Asid
Arakidonik adalah petanda bagi prostaglandin. Ia memulakan proses darah
menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula," katanya.
Haruan
juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka
terutama glisin yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen
dalam kulit manusia.
Glisin
merangkumi asid aspartik dan glutamik akan membentuk molikul protein
yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.
"Oleh itu, ikan haruan mengandungi semua keperluan asas biokimia untuk penyembuhan luka," katanya.
MENGURANGKAN SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN
"Penemuan
kami menunjukkan bahawa haruan bukan sahaja menggalakkan penyembuhan
luka, malahan mengurangkan sakit selepas pembedahan," katanya.
Beliau
berkata dari ujian kekangan perut, pati haruan didapati bertindak
sebagai pautan-pekat bagi menghalang tindakan gerak balas.
Lebih menarik lagi, pati haruan dapat meningkatkan keberkesanan morfin.
Prof
Abdul Manan berkata penemuan itu memberi platform saintifik kepada
rakyat Malaysia, yang memakan ikan haruan untuk satu tempoh masa selepas
pembedahan, dapat menghindarkan kesakitan dan penyembuhan luka.
Beliau
berkata lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu
iaitu komponen utama lipid sepenuhnya, dan kandungan kedua-dua asid ini
didapati lebih tinggi dalam telur ikan. Telur segar haruan mempunyai
jumlah asid arakidonik yang lebih tinggi.
Prof
Abdul Manan berkata penemuan ini memberi kemungkinan peluang untuk
mendapatkan jumlah optimum asid lemak yang diperlukan untuk menyembuh
luka dari bahagian lain ikan haruan tanpa perlu mengorbankan ikan itu.
"Penemuan
awal mengenai khasiat anti bakterianya amat mengagumkan dan kami sedang
menumpukan kepada spesies yang boleh dihubungkan dengan penyembuhan
ulser perut ke atas haiwan dan manusia," katanya.
MAKANAN TAMBAHAN KESIHATAN BERASASKAN HARUAN
"Isinya
yang putih, pejal dan tidak bertulang sudah pasti menjadikan haruan
satu bentuk makanan serta makanan tambahan yang menjanjikan," kata Prof
Abdul Manan.
Beliau
berkata ikan haruan mempunyai potensi untuk industri makanan kesihatan
kerana ia boleh dijadikan bebola ikan, sosej, salami atau filet.
"Saya
berharap untuk melihat haruan sebagai ikan yang boleh diguna secara
meluas dalam kehidupan seharian kita dan secara komersial. Kita
sepatutnya dengan bangga meletakkan haruan pada paras yang
setidak-tidaknya sama dengan salmon atau trout," kata Prof Abdul Manan
dan menambah kata beliau sedang melihat kemungkinan untuk memperkenalkan
haruan sebagai satu komponen klinikal.
Prof
Abdul Manan memenangi pingat gangsa Anugerah Mindex-Innotex untuk
produk penjagaan kulit berasaskan haruan pada 1996 dan satu lagi pingat
gangsa daripada Institut BioSains UPM pada 2004.
PERMINTAAN TINGGI
Manakala
Ketua Eksekutif Cheroh Aquatic Sdn Bhd, Wan Jusoh Zakaria, dari Raub
mengakui khasiat ikan haruan memang diketahui umum dan ia mendapat
permintaan tinggi di kalangan penduduk berbanding bujuk dan toman.
Beliau
mengakui hanya haruan jenis biasa bersaiz antara 300 dan 500 gram dan
yang hidup di habitat semula jadi paling digemari orang ramai.
Wan
Jusoh berkata pasaran ikan atau benih ikan haruan terutama di kalangan
penternak dari dahulu hingga sekarang amat menggalakkan hingga
kadang-kadang tidak mencukupi.
Bagaimanapun
tidak ramai pengusaha yang berjaya menternak ikan haruan secara
komersial kerana ia memerlukan kepakaran yang tersendiri tentang ikan
itu.
"Selangor merupakan pengeluar terbesar ikan haruan secara komersial dengan Rawang banyak menghasilkannya," katanya.
Wan
Jusoh juga mengakui bahawa permintaan tempatan untuk ikan haruan
mencapai jumlah puncak yang baru seperti yang dapat dilihat dengan
permintaan yang memberangsangkan untuk filet haruan oleh masyarakat
Malaysia.
Bernama.com
Menarik artikel ini...terima kasih kerana berkongsi info..
ReplyDeleteJemput lawat lawat blog saya
www.sihatnatural.blogspot.com
Bagaimana pula dgn kenyataan yg mengatakan ikan haruan boleh mengaktifkan ketumbuhan dan kanser?
ReplyDeleteBagaimana pula dgn kenyataan yg mengatakan ikan haruan boleh mengaktifkan ketumbuhan dan kanser?
ReplyDeleteslm
ReplyDeleteSumber proten mn? Tk jumpe lah
ReplyDeleteSlm
ReplyDelete